2.5.09

Peristiwa

Selasa/15 Dis 09- Pagi seperti 2 hari yang lepas hantar kakak pergi sekolah, lepas tu singgah kat pasar dengan adik tengok apa yang ada.....tak banyak ikan ari ni sotong pun kurang.....beli jugak la ikan 5/6 ekor saja.....kul 12.45 keluar ambil kakak pulak......letih gak la tapi nak buat canne.....kul 2.45 keluar pulak ke Jeti ambil ayang....balik singgah makan kat Padang Matsirat.

Sabtu/02 Mei 09-Masih dalam mod cuti, kelmarin adalah cuti Hari Pekerja, kahs buat semua warga yang bekerja je la. Jam 10.30 pagi keluar ke Pantai Kok, destinasi yang dituju ialah cabel car. Mak ooi, ramainya orang. Maklumlah hari cuti.

- Ahad/03 Mei 09- Hujan turun mencurah-curah sejak malam tadi, kadangkala lebat bersilih ganti dengan tiupan angin yang agak kencang. Pasti nelayan tak dapat turun ke laut. Pagi pukul 8.45 keluar ke pasar. Memang ikan agak kurang berbanding semalam. Sotong pula boleh tahan banyak. Beli sekadar nak makan hari ni aje, untuk besok beli lainlah. Beli sotong RM3 untuk buat ketupat.

- Isnin/04 Mei 09- Pagi lagi seawal jam 7 pagi dah keluar ke jeti. Pagi ni bertolak ke IPG Perlis untuk tempoh seminggu lagi. Kursus Bestari dah masuk minggu ke-3. Pukul 9 lebih kurang sampai kat IPG, ok la tak lewat sangat. Hujan turun mencurah-curah pagi ni.
- Bulan Jun selepas cuti- Banyak kerja yang sedang menunggu untuk dibereskan. Bermula dengan kertas periksa yang belum disemak, aktiviti data emis yang belum disenggara, kerja di makmal yang sekian lama ditinggalkan tanpa pemantauan, dan pelbagai lagi item yang menuntut kepada penyelesaian segera. Tak terjangkau dek tangan yang dua rasanya.

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama