24.3.10

Cuti Penggal Pertama 2010

Cuti kali ni banyak benda yang nak kena buat, tapi tak tau la terbuat ke tak. Minggu pertama tak ada buat apa2, hari Selasa masuk balik Langkawi, perikasa PTK, petang terus balik seberang. Lepas tu dok sana ronda tak habis-habis. Minggu ke-2 hari Rabu, 16 Jun, bertolak ke Kuala Lumpur. 19 Jun Ayang konvo. Bermalam di Hotel Citrus

15.12.09

Cuti sekolah

Cuti hujung tahun 2009 ni tak banyak perancangan yang diatur, kakak sekolah jadi tak dapat la nak rehat lama-lama rugi la. Pergi juga la melawat tempat-tempat yang tak pernah pergi. Taman buaya, Bird Park dan Pameran LIMA09.Macam pelancong luar la pulakk.... Banyak benda yang sepatutnya boleh dibuat dalam masa rehat ini namun keterbatasan keadaan menjadikan waktu berlalu tanpa berbuat sesuatu.....

dicatat oleh Jimie di 3 Ulasan

5.11.09

November

Situasi hujung tahun ni tak menentu, dengan lambakkan kerja dan aktiviti yang mencurah datang. Semuanya last minit, macam masa dunia dah nak tamat. Ketika awal2 tak mau buat siap2, dah penghujung2 baru nak gelabah.

dicatat oleh Jimie di 0 Ulasan

13.10.09

Video


Jalan2 kat kuah


Mkn mlm kat Selera Patani

dicatat oleh Jimie di 0 Ulasan

Lawatan



Mengikuti lawatan sambil belajar SMK Kelibang ke Sarawak

Label:

dicatat oleh Jimie di 0 Ulasan

Bestari Kohot 1


Kenangan berkursus selama 1 bulan di IPGM Perlis, amat manis dan menyeronokkan. Bukan kerana pengisian kursus tetapi dapat merehatkan kepala daripada belenggu rasa bosan dan kecewa di tempat kerja. Tambahan pula team kursus yang satu kepala dalam kelas membuatkan satu bulan rasa terlalu pantas. Jika ditambah lagi pun rasanya tak ada masalah.

Label:

dicatat oleh Jimie di 0 Ulasan

Konvensen GITN


Pihak GiTn telah mengadakan satu konvensyen untuk semua sekolah angkat yang terlibat dengannya. 3 orang guru dari setiap sekolah telah diberi peluang untuk bersama-sama menyertai konvensyen selama 3 hari yang berlangsung di One World Hotel, Kuala Lumpur. Perasmian konvensyen ini telah dilakukan oleh Yang Berbahagia Dato' Alimudin Mohd Don, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Kedah dianggotai oleh 3 buah sekolah iaitu SK. Ulu Melaka, SK. Nyior Chabang dan SK. Kuala Teriang, semuanya dari Daerah Langkawi.

dicatat oleh Jimie di 0 Ulasan