29.5.09

Cuti sekolah

Cuti sekolah penggal pertama dah bermula. Ramai yang berkira-kira melancong ke destinasi yang menarik. Kawe dok kat pulau ni je. Layan kerenah anak2.

BERSAMA FAMILY

Ni dalam My Ferry, perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi. Ok sikit feri ni luas, selesa cikit. Cuma perlahan cikit la.

Ni masa shooping kat Aneka Jitra, beli apa ntah la..

Ni rakaman semasa melawat ke Bukit Merah dan Taman burung di Perak. Ikut rombongan sekolah.

Selamat belayar

PUTERI KEDUA

Dah dua orang anak rupanya...ingatkan muda lagi rupanya dah meningjak tua. Puteri ke-2 ini juga lahir melalui pembedahan. Tapi kandungan tak la bermasalah sangat macam kakaknya dulu. Tanda-tandanya pun agak awal tahu. Kul 3 pagi dah bergegas ke klinik kerana tanda akan lahir dah ada. Tapi sampai pagi pun belum nak keluar lagi. Mama sempat pergi periksa dulu. Kul 3 lebih baru masuk bilik pembedahan. Alhamdullilah, semua selamat.

Label:

6.5.09

PUTERI SULUNG


Ni Puteri sulung, Nur Alya Aimie Natasha. Sangat aktif sampai tak terlarat nak jaga. Umur dah 5 tahun. Dah mula hantar ka tadika. Belajar jugak la. Kalau tak bermain je. Banyak alasan kalau suruh apa2, bercakap kan main pandai. Amat manja dengan abahnya, sampaikan nak ke mana-mana pun nak ikut. Waktu kecilnya amat digemari oleh sesiapa jua yang melihat tak kira bangsa, Cina, India, Orang putih dan bermacam bangsa lain. Berat badan waktu kecil pun boleh tahan, sampai tak larat nak dukung.

Label:

2.5.09

Profilku

Lahir : Kat Water Field Village
Lokasi : Mukim Tepoh, Kuala Nerus
Anak : ke 8 daripada 10 orang adik beradik
Sekolah Pertama : Sek. Keb. Tok Jiring
Sekolah ke-2 : Sek. Men. Bukit Tunggal
Sekolah ke-3 : Sek. Men. Vokasional Wakaf Tembesu, Terengganu
Pengalaman kerja : Buruh, pesawah, penoreh, petani, penternak, wireman
Kerja sekarang : Guru je

Aku dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan. Namun kekurangan itu tidaklah menjadikan aku malas dan tidak pula sebagai penyebab/alasan untuk tidak berjaya. Matlamat hidup dicapai dengan jayanya. Berkat doa, didikan dan dorongan keluarga aku menjadi insan yang berdikari. Keterbatasan dalam hidup membuatkan aku tidak pandai meminta-minta, dan kadangkala malu untuk meminta. Kehidupan keluarga yang sederhana menjadi amalan dalam kehidupan seharian.


Keserdahanaan yang disemai sejak kecil membuatkan diri ini tidak terlalu berkeinginan melampau. Walaupun ianya seringkali menjengah ke dalam diri. Sebagai manusia biasa kita tidak terlepas dari bercita-cita yang tingginya mengapai awan. Namun sedar akan diri yang tak berkeupayaan membuatkan cita-cita itu terkubur dipertengahan jalan.
Setelah tamat tingkatan 5, aku mula melilau mencari kerja. Berbagai macam kerja yang aku buat, menoreh, buruh, tanam padi, bela kambing, tanam ubi, sayur dan beberapa kerja yang lain. Masa itu akal fikirku kurang berkembang, maka semua kerja itu hanya sementara dan tidak diambil serius. Jadi duitnya tak adalah. Kalau la sekarang aku berpeluang buat semula akan pasti akan buatnya dengan sehebat-hebatnya, sebab peluang untuk dapatkan duit dalam bidang ternakan contohnya adalah lumayan. Tapi apakan daya waktu itu tiada yang membantu dan tiada pengetahuan.


Akhirnya aku dapat gak kerja yang selari ngan kursus masa kat sek. Vokasional dulu, wireman, di sebuah kedai ja kat Chabang Tiga, Bandar Kuala Terengganu. Bermula la menjadi kuli kepada bos 2 beradik cina. Sorang ok, yang sorang lagi suka marah sikit... tapi dengan aku dia kurang berani sikit sebab....aku lawan balik.
Ada la dalam 2/3 tahun kerja kat situ... dari tak tau apa2 hingga boleh wireing satu umah....orang kampung pun ada gak dok panggil suruh tengok2 apa yang tak kena kat umah diorang... ok la tu. Masa kerja kat situ ramai gak kawan2 aku yang kerja bersama....tapi dia orang tak tahan.....kena marah sikit pah tu cabuk...berhenti....aku ok ja

Label:

Info Semasa

Ancaman virus selsema babi/khinzir atau swine influenza semakin menular ke seluruh dunia. Merebaknya virus ini terlalu pantas seakan tiada penghalang. Inilah akibat buruk daripada menternak/memakan mahupun menggunakan bahan daripada sumber yang dilarang.
Langkah berjaga-jaga:
- Sentiasa dapatkan maklumat terkini melalui televisyen, akhbar atau Internet
- Tutup mulut dan hidung dengan tisu setiap kali anda batuk atau bersin. Buang tisu ke dalam tong sampah
- Basuh tangan sekerap mungkin dengan sabun dan air. Amalkan teknik mencuci tangan yang betul. Boleh juga gunakan cecair pencuci berasaskan alkohol; ia mampu membunuh kuman di tangan dan tidak perlu dibilas
- Elak menyentuh mata, hidung atau mulut. Virus mudah merebak melalui laluan ini
- Berehat di rumah jika anda tidak sihat dan elak berada di tempat sesak

Peristiwa

Selasa/15 Dis 09- Pagi seperti 2 hari yang lepas hantar kakak pergi sekolah, lepas tu singgah kat pasar dengan adik tengok apa yang ada.....tak banyak ikan ari ni sotong pun kurang.....beli jugak la ikan 5/6 ekor saja.....kul 12.45 keluar ambil kakak pulak......letih gak la tapi nak buat canne.....kul 2.45 keluar pulak ke Jeti ambil ayang....balik singgah makan kat Padang Matsirat.Baca lagi ยป

Label:

FotoKu




Antara rakaman bergambar yang sempat dirakam. Untuk lebih gambar sila klik pautan di bawah.
Rakaman 1 Klik Sini
Rakaman 2 Klik Sini
Rakaman 3 Klik Sini
Rakaman 4 Klik Sini