Kenangan berkursus selama 1 bulan di IPGM Perlis, amat manis dan menyeronokkan. Bukan kerana pengisian kursus tetapi dapat merehatkan kepala daripada belenggu rasa bosan dan kecewa di tempat kerja. Tambahan pula team kursus yang satu kepala dalam kelas membuatkan satu bulan rasa terlalu pantas. Jika ditambah lagi pun rasanya tak ada masalah.
Pihak GiTn telah mengadakan satu konvensyen untuk semua sekolah angkat yang terlibat dengannya. 3 orang guru dari setiap sekolah telah diberi peluang untuk bersama-sama menyertai konvensyen selama 3 hari yang berlangsung di One World Hotel, Kuala Lumpur. Perasmian konvensyen ini telah dilakukan oleh Yang Berbahagia Dato' Alimudin Mohd Don, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Kedah dianggotai oleh 3 buah sekolah iaitu SK. Ulu Melaka, SK. Nyior Chabang dan SK. Kuala Teriang, semuanya dari Daerah Langkawi.