13.12.08

Kakak







Kakak memang pandai bergaya. Posing macam-macam. Kalau bergambar serah je kat dia, ambil gambar pun dia pandai. Tu la anak zaman IT sekarang pantang kita leka semua dia nak cuba, sampai rosak pun ada. Yang sulung ni lahir pada 01/02/2005...hari pekerja tu. Lahir melalui pembedahan.....kedudukan songsang.....kena bedah la. RM3 ribu lebih kat Pusat Rawatan Mahsuri, Jitra....First baby punya la gelabah.....tapi buat-buat cool je.....aku muntah ketika melihat doktor menarik keluar baby dari perut.... seram sejuk dibuatnya...tapi syukur pada Allah semua selamat ibu dan anak...

Label:

12.12.08

My Wife

Isteri aku ni orang Kedah mai....Pida 3, Tunjang. Jumpa kat KL dulu masa mula-mula posting.... kat SK Polis Depot... Jodohkan jauh perginya..dia awal lagi kat sek tu, aku baru je keluar maktab....tahun 1998. Dalam ramai-ramai tu, dia gak la yang aku terpikat. Pasal apa aku pun tak pasti la.... tak tau nak cakap tang mana yang hebatnya...tapi yang pasti bila bersama rasa senang, selesa dan of course bahagia. Tapi bukan senang nak pikat ooo....manyak susah...pada mula luah rasa...dia takleh terima....mungkin terkejut kot. Aku guna orang ketiga...pun sama gak....desak punya desak baru dapat. Masa tu cinta punya pasal bukan fikir apa pun....janji seronok la orang terima..

10.12.08

AyahBonda

Kehadiran kita di sini adalah kerana mereka....sebelah isteri kedua-duanya telah kembali ke Rahmatullah, sebelah aku pula bonda tercinta telah dipanggil balik oleh Allah...Al-Fatihah buat mereka......moga roh mereka berada bersama-sama orang2 yang beriman. Kembalinya insan2 tercinta dalam jarak masa yang dekat membuatkan kehilangan amat dirasai....semacam tiada semangat...

Label:

9.12.08

Adik



Adik memang cute, pandai berposing bila nak ambil gambar, sama

Label: