11.3.08

Renungan

- Kita sering kali mengaku beriman kepada Yang Maha Esa, namun tanpa kita sedari atau buat-buat tak sedar ialah kita selalu mengingkari apa yang kita lafazkan. Contohnya, kita tahu bahawa setiap sesuatu yang berlaku adalah kerana takdir Allah tapi cuba kita selidiki berapa ramai yang pasrah kepadaNya apabila yang berlaku tidak seperti yang diingini atau lebih tepat tidak mengikut kehendak hati kita. Maka bermacam-macamlah yang berlaku.
- Semalam adalah yang lepas, hari ini kepunyaan, esok adalah harapan dan perjuangan. Hadapilah ia dengan penuh perancangan agar berlalunya tidak sia-sia.

- Kenapa kita selalu nampak keburukan orang lain saje. Sedangkan keburukan dan kelemahan kita adalah lebih banyak. Banyakkan lah merenung dan mengkoreksi diri kita untuk berubah ke arah yang lebih baik.

- Jiwa yang tenang terhasil daripada perlakuan yang baik dan bersopan. Perilaku kita sebagai insan seharusnya lebih baik daripada makhluk lain. Dari situ datanglah kebahgian dan kedamaian dalam hidup.

- Kehidupan akan menjadi indah jika jiwa kita sentiasa pasrah akan ketentuanNya, namun akan gundah andai diri tidak meredhai apa yang ditimpa pada kita.

Label:

Salam

Salam kenalan kepada semua,

Di ruangan yang terhampar luas untuk sebarang aktiviti ini, kawe ingin menyatakan bahawa kesempatan yang kita ada patut digunakan dengan sebaik-baiknya. Kerana kita semua tahu sesungguhnya peluang selalunya tidak datang kepada kita berulang kali. Yang pertama kali itulah harus kita rebut sebaik mungkin, agar tidak merasa rugi jika tertinggal nanti.
Ruangan maya ini mudah-mudahan menjadi jambatan kita semua untuk bersatu, berpadu ilmu dan pengetahuan untuk kebaikan semua. Menjadi medan mencurah pandangan dan perkongsian cerita bahagia bersama. Semoga perilaku kita mendorong insan lain untuk bersama-sama kita dalam jamaah bermatlamat dan berwawasan.