31.7.07

Himpunan Karyaku

Resumeku

Memaparkan semua nukilan rasa dan mutiara kata untuk tatapan bersama:

Kehilangan....
Detik waktu yang berlalu terasa begitu pantas
meninggalkan aku di sini, sunyi...
bertemankan suasana yang tidak enak untuk dikongsi menjadikan
hidup tambah sunyi sepi....
walau ramai insan di sisi tapi bagai tidak mengerti
keresahan dan gundah gulana yang bermain di hati

Apakan daya aku tidak mampu untuk menarik mereka
menjadi sebahagian daripada cerita duka ku
aku ingin melihat mereka yang lain ceria tertawa
biarkan aku sendiri melampias keresahan keseoragan
aku tidak risau tentang itu
yang pahit kalau dikhabarkan pada mereka pasti menjadi
bahan jenaka dan lawak sahaja


Kerana Kau
Damai malam kian merangkak menuju hening subuh,
ku cari di mana kekuatan untuk bangkit mencapai sejadah,
walau ku tahu siang mu masih lagi muda.

Ku hitung waktu dinihari, kukira masih sempat untuk terlena seketika
lantas lena ku kembali diulit, tanpa sedar larian waktu begitu pantas
dan ketika aku sedar hari sudah pun cerah, menginjak pagi.

Itulah kita yang sifatnya selalu bertangguh dalam melaksanakan suruhan
mengambil mudah setiap perkara yang tiada nampak di mata kasar
oleh itu renunglah wahai sekalian insan
hidup di alam dunia ini hanya persinggahan
alam akhirat kekal abadi.

Bestari punya pasal
Ku tempuhi laut bergelora demi sebuah kursus
yang mana ku tahu bakal membebani waktu mendatang
seminggu pertama ku rasa biasa
minggu kedua mula terasa
masuk minggu ketiga terasa bisa
minggu terakhir tak tahu nak kata la

Walau penat terasa dek berulang saban minggu
tapi mengenang ilmu yang dipelajari lebih utama
membuatkan semangat mula meninggi
akan ku capai mahligai ilmu walau payah
semoga kedatangan ke sini tidak sia-sia menjadi

Cuti-cutian
Ramai kita suka akan ia
kalau yang bekerja dah tentu menunggu tibanya
tapi sesetengahnya tak kisah pun

Label: